Petition #40:

REFERENDUM BANTAHAN 4 MAHASISWA UKM DIKENAKAN AUKU

Petition To: "KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)",

FAKTA KES 

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Sdr Hilman Idham (Presiden), Sdr Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Sdri Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Sdr Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor. Turut ditahan bersama mereka adalah 3 orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van). Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen. Kemudian pada 23hb April 2010, sekitar jam 10 malam, Sdr Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah 4 orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.

TEKANAN BUAT MAHASISWA

SMM dengan ini bersama front-front dan juga pergerakan mahasiswa yang lain melihat tindakan yang dikenakan ke atas pelajar UKM ini merupakan suatu tekanan yang bukan sahaja ke atas mereka tetapi juga kepada seluruh pergerakan mahasiswa Malaysia. SMM yakin bahawa tindakan ini adalah untuk menyekat dan menakutkan seluruh pergerakan mahasiswa bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mereka sekiranya mereka terus lantang menyuarakan hak dan pandangan masing-masing. Tindakan ini juga dilihat untuk mematikan fungsi mahasiswa sebagai 3 force dalam masyarakat. 

KEBEBASAN AKADEMIK DISEKAT

Di peringkat SMM, kita juga kesal dan hampa dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik pelajar dalam mengorientasikan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah. Ini jelas ditunjukkan oleh HEP UKM yang mendakwa pelajar ini sedangkan pelajar yang dituduh adalah Mahasiswa Jurusan Sains Politik, UKM.

SMM merasa kecewa kerana mahasiswa yang mengambil jurusan Sains Politik sendiri tidak dibenarkan dan hadir untuk menyaksikan pilihan raya untuk pengaplikasian dan memperkukuhkan pemahaman di dalam kos yang mereka ambil dan ini jelas bertentangandengan hak dan kebebasan akademik mahasiswa itu sendiri.

SMM DESAK GUGUR PERTUDUHAN

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan front-front mahasiswa yang lain dengan lantang mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar UKM menarik balik segala pertuduhan yang dikenakan ke atas pelajar yang berkenaan kerana telah menyimpang daripada norma-norma kebebasan akademik dan hak dan kebebasan untuk bergerak selaku warganegara di Malaysia ini.

Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 23 May, 2010)


Discuss This Petition

Videos

Sidang Media SMM
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 1418 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Location Comments Date Signed
intan mk kuala lipis Freedom for students!!!! 07-Apr-2013
Anonymous Puncak Alam auku meyempitkan pemikiran mahasiswa... mgkin istilah "mahasiswa" ini terlalu berat untuk dipikul oleh graduan di Malaysia..,sekiranya kebebasan mereka dikongkong... 29-Nov-2011
hasliza ali gombak, selangor 01-Nov-2011
Mohd Ikhwan Bin Saupi Seksyen 7,Shah ALam Bantahkan kezaliman ni! 11-Jun-2011
Anonymous Uitm Puncak Perdana gugurkan tuduhan x munasabah ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 01-Mar-2011
illyna rusli Gombak, Selangor 16-Jan-2011
Chan Ju Ping Sabah In my capacity as an anti-apathetic hipster douchebag, I support this call for intellectual freedom. 02-Jan-2011
Muhammad Khairuddin Nor Azmi Malaysia freed them,insyallah they will bring great future to Malaysian education, freed them from AUKU.. 23-Dec-2010
Naadiya Hani Singapore 15-Dec-2010
Khalisah binti Zakaria Kajang listen to the peoples' voices! 15-Dec-2010

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
1418
View All Signs

Author:

aizat salleh

Tags:
hak mahasiswa,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]