Petition #96:

Selesaikan Tunggakan Gaji Guru Interim Malaysia

Petition To: "TS Muhyiddin, Datuk Dr Wee Ka Siong, Datuk Dr Puad Zarkashi, KPM dan JPN Negeri",

 Guru Interim merupakan guru yang dilantik dari bulan Jan -Mei 2012. Perlantikan Guru Interim digambarkan untuk memberi peluang kepada Graduan ISMP IPTA yang baru konvokesyen sementara menanti Penempatan di buat oleh pihak SPP dan KPM di seluruh Malaysia.

Namun pada masa yang sama, setelah tamat berkhidmat, isu tunggakan gaji guru interim yang majoriti belum mendapat tunggakan gaji April- Mei dan tunggakan 13%. Ada lebih menyedihkan ada yang tidak mendapat gaji dari seawal bulan Februari sehingga Mei 2012 apatah lagi tunggakan 13%. 

Masalah ini bukan melibat sebuah negeri sahaja, tetapi di WP KL, Selangor, Kedah, Perak, Johor, Sarawak, Negeri Sembilan dan ada juga sebahagian di Sabah belum mendapat tunggakan 13%.  Adalah amat menyedihkan jika ada guru interim yang sudah di serap menjadi Guru Tetap DG41 dan berkhidmat di luar wilayah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan yang tinggi khususnya di bandar-bandar dan kawasan pedalaman yang sudah pasti melibatkan kos yg tinggi.

 Sehubungan dengan itu, pihak Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) mengambil tanggungjawab ini untuk mengetengahkan isu ini setelah menerima rintihan dan aduan ini berterusan.  

Sincerely,
The Undersigned
(Wed, 27 June, 2012)


Discuss This Petition

Videos

No videos have been attached to this petition.
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 21 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Location Comments Date Signed
Anonymous sabah belum dapat tunggakkan 13% dan kerani bgtau kami tidak layak. 05-Aug-2012
Anonymous SELANGOR saya sudah mendapat gaji januari-mac tetapi saya belum menerima tunggakan 13% daripada pihak sekolah interim iaitu di SMK IDEAL HEIGHST, GOMBAK, SELANGOR 23-Jul-2012
AINI SYAZWANI BT KARIM Sabah sya belum dpt tunggakan 13% dr bulan jan smpai april...kerani x tau mau bt cmna dia kata.. 20-Jul-2012
Nor Sabrina Binti Mohd Jamaludin KUALA LUMPUR saya guru interim di SMK (P) JLN IPOH,KL belum dapat gaji bulan 4 dan 5 serta tunggakan 13% dari bln 1-5..Harap kerjasama pihak tuan boleh menyelesaikannya..TQ 12-Jul-2012
QEETHA kl saya blm dapat gaji bulan mei dan tunggakan dari bulan satu lagi... SMK WANGSA MELAWATI, KL 09-Jul-2012
Mohammad Azrin B Mohammad Daud Lawas,Sarawak saya guru interim di SMK Tunku Temenggung,Pendang,Kedah belum dapat gaji bulan 4 dan 5 serta tunggakan 13% dari bulan 2-5..Harap kerjasama pihak tuan boleh menyelesaikannya..TQ 01-Jul-2012
Nur Hafizah Sahat sabah saya sudah mendapat gaji januari-mac tetapi saya belum menerima tunggakan 13% daripada pihak sekolah interim iaitu di smk pekan kuala penyu, sabah 30-Jun-2012
Anonymous sabah saya sudah mendapat gaji interim dari januari hingga mac tetapi saya belum mendapat tunggakan 13% dari sekolah interim tersebut iaitu smk pekan kuala penyu, sabah 30-Jun-2012
Anonymous bandar baru bangi selangor saya tak dapat lagi tunggakan 13% dari bulan januari sehingga mac. smk bandar puchong jaya (b) selangor 30-Jun-2012
KAMALIAH RAZALI Kuala Lumpur saya guru interim di SMK PINJI,IPOH,PERAK, belum dapat lagi gaji bulan 5 serta tunggakan 13% dari bulan 2-5. Harap kerjasama pihak tuan boleh menyelesaikan perkara ini. Terima kasih. 29-Jun-2012

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
21
View All Signs

Author:

Maestro Abdul Rahman

Tags:
ggim, human right, education, teacher,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]