Petition #9:
Desakan mengurangkan caj kos pentadbiran PTPTN
Petition To: "Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia",
Kami Mahasiswa Negara yang mewakili seluruh mahasiswa mendesak pihak Kerajaan supaya MENGURANGKAN kadar 3 peratus (atau 4 peratus) caj pentadbiran bagi pembayaran balik wang pinjaman mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada kadar yang lebih munasabah dan tidak menzalimi pihak peminjam.
Nilai caj pentadbiran yang dikenakan adalah tidak munasabah dan "mencekik darah" lepasan universiti yang baru memulakan karier.
Situasi yang terjadi sekarang ini ialah walaupun peminjam membayar hutang, namun nampaknya jumlah hutang tersebut bukannya semakin berkurangan, malah sebaliknya ia semakin bertambah atau tidak banyak berubah disebabkan oleh caj pentadbiran PTPTN yang terlalu tinggi. Keadaan ini lebih buruk apabila dilihat daripada kaca mata lepasan universiti swasta (IPTS) yang mana rata-rata yuran pengajian mereka adalah dua tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penuntut di IPTA.
Inilah sebenarnya yang menjadi punca mengapa ramai liat membayar semula pinjaman PTPTN. Setiap kali bayaran dibuat, hanya sebahagian sahaja daripada bayaran tersebut yang membayar balik hutang PTPTN manakala yang selebihnya hangus untuk kos pentadbiran begitu sahaja. Keadaan ini AMAT MENGECEWAKAN dan melemahkan semangat peminjam yang cuba untuk melangsaikan hutang mereka secara konsisten pada setiap bulan. Pada akhirnya, ramai yang “fed-up” dan putus asa dengan ketaatan mereka membayar semula hutang PTPTN kerana nilai hutang yang dibayar hanya luak sedikit sahaja walaupun telah lama sejak mereka mula membuat pembayaran semula. Keadaan ini kelihatan seolah-olah peminjam bakal berhutang sepanjang hayat disebabkan kos pentadbiran yang tinggi.
Desakan ini bukan untuk menghapuskan sekaligus caj pentadbiran yang dikenakan oleh PTPTN, tetapi untuk meminta nilai kos pentadbiran sekarang diteliti semula dan pengurangan dibuat ke atas nilai tersebut kepada satu jumlah yang lebih munasabah dan tidak menzalimi pihak peminjam. Perubahan ini bakal menggalakkan peminjam membuat bayaran semula dan berasa puas hati melihat pembayaran mereka setiap bulan memberikan pengurangan yang lebih realistik ke atas jumlah nilai hutang mereka.
Kami menyarankan caj kos pentadbiran PTPTN dikurangkan sehingga 0.5% atau 1.0% yang mana ia adalah lebih munasabah bagi peminjam dan pada masa yang sama masih lagi memberikan keuntungan yang besar kepada pihak PTPTN. Pengurangan ini adalah suatu tindakan menang-menang (win-win) kerana kedua-dua pihak peminjam dan PTPTN sendiri mendapat manfaat yang positif.
Sekiranya kerajaan meluluskan pengurangan caj pentadbiran ini kepada 0.5 peratus, dan peminjam masih lagi gagal membayar pinjaman mereka, maka adalah wajar untuk kerajaan mengambil tindakan drastik seperti menahan kebenaran ke luar negara, kutipan melalui majikan, LHDN dan sebagainya.
Sincerely,
The Undersigned
(Sat, 03 May, 2008)
Signatures
Showing 10 latest signatures out of 137 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]
| Name | Organization | Location | Comments | Date Signed |
|---|---|---|---|---|
| hariesz | Selangor | Sila kotakan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan." | 19-Jan-2010 | |
| siti mastura balya | serdang | 100% menyokong.... | 13-Jan-2010 | |
| Mohammad Fikri Bin Ibrahim | Kuala Lumpur | Thanks cause dapat kurangkan beban kami..... | 08-Jan-2010 | |
| Anonymous | perak | sokong sangat!!! | 22-Dec-2009 | |
| Anonymous | SABAH | 100% AGREE. | 19-Dec-2009 | |
| Lionel Lai | Kuching | I agreed with the petition. | 18-Dec-2009 | |
| muhamad ashraf | bangsar | btul tue.... klu bleh mintak kerajaan kaji semula..... kami bukan tak nak cuma gaji yang di terima tak mencukupi..... kdg-kdg terpaksa buat 2 keje... bagi menampung sara diri.... Cam ner agaknyer klu dah berkahwin.... Kerajaan mintak kaji semula kos pentadbiran....... 1malaysia.... rakyat di dahulukan pencapaian utamakan | 14-Dec-2009 | |
| Farah Adlin bt Ahmad | Kuala Lumpur | 03-Dec-2009 | ||
| fizza | kl | tolong turunkan caj, kami bukan bergaji rm10k sebulan. Pinjam duit ptptn macam nk beli rumah.Kos pentadbiran cam caj bank. | 02-Dec-2009 | |
| Anonymous | Cheras | I totally agreed. Admin cost is really killing us!! Don't we have other thing to pay!! You (PTPTN) better look into this!! | 26-Nov-2009 |
[Sign this Petition] [View All Signatures]
Author:
Mohd Hafizi
Tags:
ptptn, government,
Embed Widget:
Copy & paste code:




