Petition #88:

Mendesak UTHM Membatalkan Dakwaan Ke Atas 3 Siswa & Memohon Maaf Kepada Mahasiswa/i Yang Dipaksa

Petition To: "Dato' Mohd Noh Bin Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)",

Kami mahasiswa dan mahasiswi, para pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM & masyarakat sivil yang prihatin terhadap nasib institusi akademik di dalam negara yang seharusnya bebas dari campur tangan anasir politik kepartian mendesak agar pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menarik balik pendakwaan yang telah dilakukan ke atas 3 orang rakan kami iaitu saudara Muhammad Syaiful Farhan Mohd Razi, saudara Ahmad Adam Samsuddin dan saudara Hidayatullah Masjud yang membantah tindakan manipulasi Program International Youth Day - UNESCO demi kempen politik UMNO/BN oleh Dato' Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia pada 18 November 2011.

Pendakwaan ke atas mereka adalah sangat memalukan seluruh institusi akademik dan memperlihatkan pihak UTHM sanggup memperjudikan nasib mahasiswanya sendiri demi membela pihak luar yang mempunyai kepentingan politik. 

Kami juga mendesak agar pihak UTHM memohon maaf atas tindakan pencabulan hak asasi ke atas mahasiswa dan mahasiswi penghuni di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail dan Kolej Kediaman Tun Fatimah yang diputuskan bekalan elektrik pada malam kejadian. Sesungguhnya tindakan ini sangat melampau dan merupakan paksaan ke atas mahasiswa dan mahasiswi. Pihak UTHM perlu bertanggungjawab atas sikap tidak professional dan autokrasi tersebut.

Sincerely,
The Undersigned
(Mon, 09 April, 2012)


Discuss This Petition

Videos

No videos have been attached to this petition.
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 72 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Location Comments Date Signed
Anonymous Kajang Ini la BN... cakap tak nak bagi bebudak U babit politik.. bukan setakat budak U, budak sekolah tadika pun depa dah ajar politik ni... 05-May-2012
Anonymous cheras 18-Apr-2012
Zahratul Hamra\ Kuala Kangsar, Perak Hidup Mahasiswa!!!! Jangan cabuli hak kami!!! 17-Apr-2012
Anonymous UTHM Sayang menyokong UTHM3. Kami bersama-sama 17-Apr-2012
anon ampang keep brave young people..!we support u.. 17-Apr-2012
nur amirah Uthm 17-Apr-2012
Nabilah United Kingdom 17-Apr-2012
Anonymous Batu Pahat Usah gentar . Kami sentiasa dibelakang anda, UTHM3 ! Lawan tetap lawan . 17-Apr-2012
Anonymous johor student power!!! hak mahasiswa untuk bersuara...kenapa nk sekat kami bersuara?? 17-Apr-2012
Susanty Mariah Uthm 16-Apr-2012

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
72
View All Signs

Author:

Mahasiswa Prihatin

Tags:
,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]