Petition #68:
PETISYEN MEMBANTAH KONSERT MTV WORLD STAGE DI I-CITY SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Petition To: "Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid bin Ibrahim",
01 Jun 2011
Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid bin Ibrahim
Dato` Menteri Besar Selangor
Pejabat Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Y.A.B. Tan Sri Dato’,
PETISYEN MEMBANTAH KONSERT MTV WORLD STAGE DI I-CITY SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Kami yang bertandatangan di bawah, selaku penduduk Shah Alam, ingin membantah cadangan pihak MBSA untuk membenarkan Konsert MTV World Stage diadakan di I-City. Bantahan kami adalah atas sebab :-
2.1. I-City merupakan pusat ilmu ( IT) dan bukan pusat hiburan.
2.2. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bagi penduduk Shah Alam, terutamanya penduduk Seksyen 7.2.3. Penganjuran Konsert MTV World Stage di I-City akan mengganggu ketenteraman awam dengan berlakunya kebisingan khususnya bagi penduduk Seksyen 7.
2.4. Shah Alam adalah Bandar Raya ilmu dengan terdapatnya UniSel, UiTM, MSU dan PTPL dan kewujudan tapak konsert adalah bercanggah dengan wawasan Bandar Raya ini.
2.5 Pelajar-pelajar IPT yang ramainya di Shah Alam akan terdedah kepada budaya lepak dan berpesta yang tidak akan membantu kemajuan diri mereka.
3. Dengan itu, kami yang bertandatangan di bawah menuntut supaya konsert tersebut tidak diadakan di I-City dan sekiranya ingin diteruskan ianya dianjurkan di kawasan seperti Stadium Bukit Jalil yang jauh dari kawasan perumahan dan lengkap dengan kemudahan parkir kereta yang mencukupi.
Sincerely,
The Undersigned
(Thu, 02 June, 2011)
Discuss This Petition
Signatures
Showing 10 latest signatures out of 687 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]
| Name | Location | Comments | Date Signed | |
|---|---|---|---|---|
| Ahmad Rifa\'ie Bin Apandi | Melaka | 16-Jul-2011 | ||
| samat | shah alam | pas xguna | 15-Jul-2011 | |
| muhammad harmizzi bin abdul rahman | terengganu | telah lama bumi barakah ini terlalaikan penyakit2 al-wahn.. jika bukan sekarang langkah mengubah, jangan salahkan generasi mendatang.. | 14-Jul-2011 | |
| Anonymous | Melaka | This should be stopped since it can bring negative impact to the our future generation. | 14-Jul-2011 | |
| abdullah fadhil bin zaianuddin | melaka | apa yg perlu dihentikan sama2 kita usaha utk hentikan...tak kisah pembangkang atau kerajaan...sekian | 14-Jul-2011 | |
| Muhamad Yusof Bin Razli | 14-Jul-2011 | |||
| MOHD NAQIB BIN DERANI | Pulau Pinang | Adalah lebih baik buat majlis yg lebih berfaedah daripda konsert yg secara tidak langsung mengimport budaya yang tidak baik dari luar. | 11-Jul-2011 | |
| Muhammad Amir Arif | Kuala Lumpur | Walaupun ak budak KL, ak tetap membantah konsert-konsert yg tak berfaedah ni. Jangan sbb jahil dan kufur, semua rakyat negeri Selangor ditimpa mmusibah pula. Semoga petisyen dapat memberi mesej yg jelas kepada yg berkenaan :D | 10-Jul-2011 | |
| Ahmad Rahimie | meru, klang | kita tidak perlukan lebih hiburan dari apa yang sudah ada. | 10-Jul-2011 | |
| MUHAMMAD ZAINURIN BIN MOHAMED ZIN | SHAH ALAM | BUAT TEMPAT LAIN. | 09-Jul-2011 |
[Sign this Petition] [View All Signatures]
Author:
Khalid Samad
Tags:
rakyat, shah alam, selangor, mtv,
Embed Widget:
Copy & paste code:

