Petition #61:

BANTAHAN KENAIKAN HARGA PETRO, DIESEL, LPG dan GULA

Petition To: "PERDANA MENTERI MALAYSIA",

Pada 4 Disember 2010, masyarakat dikejutkan dengan kenaikan harga barangan iaitu petro, diesel dan juga gula. Namun, bagi menggaburi mata masyarakat, media menggunakan istilah "Pengurangan subsidi bagi petrol, diesel dan juga gula." Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, RON97 RM2.30 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.  

Alasan pengurangan subsidi itu adalah kerajaan ingin menguruskan kedudukan fiskalnya dengan meningkatkan jumlah kutipan hasil dan dalam masa yang sama, mengurangkan perbelanjaan. Malah, kerajaan melihat pengurangan subsidi tersebut dapat mengurangkan lagi kes penyeludupan barangan tersebut ke negara-negara jiran. Namun, alasan ini dilihat tidak relevan bersesuaian dengan tindakan kerajaan itu sendiri, sebagai contoh pembinaan Menara 100 tingkat, yang akan menelan belanja RM5 billion, kos permulaan penubuhan PEMANDU yang menelan belanja RM66 juta, dan bakal membeli aset baru iaitu pesawat pejuang. 

Kenaikan harga barangan tersebut telah memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat umum kerana dilihat telah membebankan mereka dan menaikkan belanjawan seharian bagi seisi keluarga. Malah, pengurangan subsidi itu juga telah memberi tempias kepada mahasiswa, seperti kenaikkan harga rumah sewa dan perbelanjaan yang lain.

 Oleh itu, MAHASISWA akan bersama RAKYAT bagi menyuarakan HAK mereka ini. Pungutan suara ini diperlukan untuk bersama-sama menyuarakan BANTAHAN atas kenaikan harga barangan tersebut.

Sincerely,
The Undersigned
(Thu, 09 December, 2010)


Discuss This Petition

Videos

No videos have been attached to this petition.
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 88 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Location Comments Date Signed
Anonymous PJ Kami membantah kenaikan harga barang, tolong fahami derita rakyat! 06-Jan-2011
Azif Firdaus sg petani pakat pakat kalih!!!!! 20-Dec-2010
Husna NA Kuantan 16-Dec-2010
Siti Aminah Muhammad Imran Selangor 15-Dec-2010
Siti Nor Aisyah MN Kuantan 1Malaysia..Rakyat didahulukan menanggung susah!! ALLAHUAKBAR! 15-Dec-2010
IZZAH ZAHARI Kuantan 15-Dec-2010
ojousufi puncak alam kelak kau akan dihitung 14-Dec-2010
Abbe Hasley bin Mhd Jalil Penang HANCUR UMNO/BN!!! 14-Dec-2010
ajixue marcopolo Malaysia.. Is it suit with ur concept of 1Malaysia.."PEOPLE FIRST,performance now"..??...not at all..!! 14-Dec-2010
mata-mata rakyat johor insaflah! masih ramai yg miskin di malaysia ni. 13-Dec-2010

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
88
View All Signs

Author:

NURUL AIDA ABD AZIZ

Tags:
mahasiswa, mahasiswi, borneo,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]