Petition #31:
REFERENDUM MANSUHKAN PENGGUNAAN SISTEM E-UNDI DI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS
Petition To: "KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN UNIVERSITI",
Sistem pengundian e-undi adalah singkatan kepada electronic voting, iaitu sistem pembuangan undi secara elektronik yang digunakan untuk menggantikan sistem pembuangan undi secara manual. Sistem ini diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dilaksanakan di seluruh kampus,walaupun ia telah dilaksanakan di kampus seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI). Secara umumnya, banyak perkara yang boleh dipertikaikan di sebalik sistem ini. Pihak kerajaan dan Hal Ehwal Pelajar universiti (HEP) cuba berselindung di sebalik sistem ini memudahkan pengundian dan pengiraan undi. Mahasiswa melihat, sistem ini akan menjerumuskan kepada risiko berikut: Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Justeru,berasaskan keraguan ini, maka referendum ini menuntut agar sistem pengundian e-voting ini segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem pengundian kepada sistem manual. Sekian. GabunganMahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)
Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 10 January, 2010)
Signatures
Showing 10 latest signatures out of 144 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]
| Name | Organization | Location | Comments | Date Signed |
|---|---|---|---|---|
| khadijah | kuala terengganu | 22-Jan-2010 | ||
| saiedah | k.selangor | 22-Jan-2010 | ||
| Anonymous | bt cves | e-voting sprt sistem yg xtelus | 19-Jan-2010 | |
| Nurul Husna Ramli | tg.malim | HEP memang tak membantu | 17-Jan-2010 | |
| wan nur syahirah wan mohd sabri | um | bantah e-voting! | 17-Jan-2010 | |
| nadzirah | kuantan | 17-Jan-2010 | ||
| Ashcroft | PJ | Never shout never!!! Give back our right. | 17-Jan-2010 | |
| Anonymous | Malaysia | 16-Jan-2010 | ||
| Anonymous | IIUM (Madinah) | HAPUSKAN SEGERA!!!kalau betul telus..sudah lama dilaksanakan. | 15-Jan-2010 | |
| roslinda | Kedah | Jangan Hapuskan demokrasi mahasiswa | 15-Jan-2010 |
[Sign this Petition] [View All Signatures]
Author:
aizat salleh
Tags:
ketelusan demokrasi kampus,
Embed Widget:
Copy & paste code:

