Petition #30:

REFERENDUM BANTAHAN BERKENAAN PENGGUNAAN SISTEM E-UNDI DI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS

Petition To: "Seluruh mahasiswa dan rakyat di Malaysia",

 

Sistem pengundian e-undi adalah singkatan kepada electronic voting, iaitu sistem pembuangan undi secara elektronik yang digunakan untuk menggantikan sistem pembuangan undi secara manual. Sistem ini diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dilaksanakan di seluruh kampus,walaupun ia telah dilaksanakan di kampus seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI).

Secara umumnya, banyak perkara yang boleh dipertikaikan di sebalik sistem ini. Pihak kerajaan dan Hal Ehwal Pelajar universiti (HEP) cuba berselindung di sebalik sistem ini memudahkan pengundian dan pengiraan undi.

Mahasiswa melihat, sistem ini akan menjerumuskan kepada risiko berikut:

 

  1. Undian tidak lagi menjadi rahsia apabila maklumat pengundi telah direkodkan sebaik sahaja pengundi mendaftar untuk mengundi. Ini mencabuli seksyen 52 (a) dan (b),Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memberi hak memilih calon secara rahsia,
  2. Ruang untuk sistem ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu seperti HEP adalah sangat besar kerana tiada sistem pengawalan (security) yang benar-benar diyakini. Sistem ini juga terdedah kepada berlakunya jenayah siber,
  3. Kos yang sangat tinggi untuk membangunkan sistem ini,
  4. Masalah keboleh upayaan dan pengundian akan ditangguhkan apabila berlaku masalah tergendala, black-out dan sebagainya. Ini akan lebih mendedahkan kepada pencerobohan luar,
  5. Pencabulan hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Justeru,berasaskan keraguan ini, maka referendum ini menuntut agar sistem pengundian e-voting ini segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem pengundian kepada sistem manual.

Sekian.

GabunganMahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)

Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 10 January, 2010)


Discuss This Petition

Videos

No videos have been attached to this petition.
[Attach Video]

Photos

No photos have been attached to this petition.
[Attach Photo]

Signatures

Showing 10 latest signatures out of 3 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]

Name Location Comments Date Signed
mohd hafiz cfsiium saya sokong MANSUHKAN E-VOTING 15-Jan-2010
mohd sarif umt umt telah mengunapakai e-voting sejak 1998, saya pelawa saudara aizat untuk meneliti sistem e-voting yang digunapakai oleh umt. 13-Jan-2010
Mohd Aizat Bin Mohd Saleh UM Bantah dan mansuh e-undi! 10-Jan-2010

[Sign this Petition] [View All Signatures]
Total Signs:
3
View All Signs

Author:

aizat salleh

Tags:
demokrasi kampus,

Embed Widget: Copy & paste code:

Close [X]
Close [X]
Close [X]
Close [X]