Petition #20:
Perdana Menteri Yang Keenam
Petition To: "KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong",
Petisyen Kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Berkenaan Pelantikan Perdana Menteri Yang Keenam
Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.
Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menyaksikan kepada tekanan yang kuat tertutama rakyat dan UMNO sendiri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa mengundurkan diri dari jawatan PM dan menyerahkan kepada Najib selepas Perhimpunan Agung UMNO nanti.
Malah titah Tuanku ketika merasmikan sidang Parlimen pada 16 April 2009 menampakkan era pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berakhir
“Beta merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan dan segala sumbangannya terutama dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.
Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan”
Samada siapa yang akan menjadi Presiden UMNO, itu hak UMNO, tetapi apabila menyebut Perdana Menteri, ia adalah satu jawatan untuk menjaga semua rakyat. Menyerahkan kepada Najib, seperti mengulangi zaman gelap yang politik Malaysia sepertimana Tun Dr Mahathir lepas.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terlalu banyak dosa untuk dikira, tetapi Najib belum lagi menjawat jawatan PM, telahpun menunjukkan kerakusan yang luar biasa dalam segala tindakannya.
Najib terlalu banyak skandal untuk diperkatakan. Beberapa isu besar yang masih lagi lunak dikumandangkan ialah :
1. Isu Pembunuhan Altantuya
2. Isu Komisyen Kapal Selam
3. Isu Pembelian Eurocopter
4. Isu Perlantikan Menteri Besar Perak Sehingga Menimbulkan KRISIS PERLEMBAGAAN
Beberapa lagi yang turut berkumandang seperti dosa-dosa beliau sewaktu menjadi Menteri Besar Pahang dulu, isu khalwat dengan seorang artis tempatan dan beberapa isu lagi yang belum dapat dibersihkan dengan Najib ini.
Justeru itu, saya daripada jutaan rakyat Malaysia memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru terutama dalam menghadapi krisis ekonomi sekarang.
Negara ini tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri yang tidak pintar. Cabaran krisis ekonomi global bukan sekadar pembuli, ia boleh mengakibatkan ekonomi Negara ini lumpuh dalam jangka waktu yang panjang.
Sehubungan itu, saya sebagai rakyat Malaysia memohon Tuanku supaya tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam dan mengharapkan Perdana Menteri yang akan dilantik nanti dilihat bersih dari segala yang mencacatkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri
Sekian, terima kasih.
SAIFUDIN BIN IBRAHIM
Sincerely,
The Undersigned
(Wed, 18 February, 2009)
Signatures
Showing 10 latest signatures out of 31 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]
| Name | Organization | Location | Comments | Date Signed |
|---|---|---|---|---|
| Kong | perak | Tuhan tidak akan memaafkan pembunuh Altantuyaa! | 18-Mar-2009 | |
| Liew | Ipoh | Hidup Duanku! | 18-Mar-2009 | |
| Pak Habib al Yahya | Kuala Terengganu | Kalau tak boleh urus satu orang pastinya tak mungkin boleh urus ramai orang | 06-Mar-2009 | |
| syazwani | penang | 03-Mar-2009 | ||
| T.J | Kulim | No to Najib... Please save Malaysia.. | 01-Mar-2009 | |
| Muhd Yussuff bin Jamil | penang | setuju jika najib tidak menjadi perdana menteri keenam | 01-Mar-2009 | |
| Seri Bulan | Kemaman | Najib amat tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6. Terlalu byk skandal dan sanggup lakukan apa saja bagi mendapatkan kuasa. | 01-Mar-2009 | |
| Tan Heng Khoie | kuala lumpur | DAULAT TUANKU | 01-Mar-2009 | |
| Mohd Hasim Bin Mohd Tahir | Kajang | Pemimpin yang ada maruah diri dan amanah | 01-Mar-2009 | |
| ANAK KOMANDO REJIMEN 1 | PERAK | AMPUN TUANKU, SELAMATKANLAH PERAK DAN MALAYSIA | 01-Mar-2009 |
[Sign this Petition] [View All Signatures]
Author:
Saifudin Ibrahim
Tags:
politik,
Embed Widget:
Copy & paste code:

