Petition #12:
Bantahan Terhadap Pembukaan Kuota UiTM sebanyak 10% Kepada Bukan Bumiputera
Petition To: "masyarakat melayu,bumiputera, pelajar UiTM seluruh Malaysia",
Assalamualaikum W.B.T,
Suara Pelajar UiTM seluruh sistem Malaysia, membantah secara terbuka kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka 10% kuota UiTM kepada bukan bumiputera. Kenyataan tersebut sesungguhnya dibantah dan tidak dipersetujui oleh seluruh warga pelajar UiTM se- Malaysia. Kami tetap dengan pendirian untuk mengekalkan dan menyokong UiTM berstatus seperti yang termaktub di dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah kerana taraf ekonomi bumiputera belum lagi mencapai sasaran Dasar Ekonomi Baru. Termasuklah aspek nisbah golongan Melayu dan Bukan Melayu di negara ini yang masih lagi tidak seimbang dari segi ekonomi. Hak bumiputera di negara ini telah diambil satu persatu bermula denngan tindakan membuka kuota 10% MRSM dan MATRIKULASI kepada bukan bumiputera. Lebih buruk lagi dengan permintaan 10% Matrikulasi ini oleh pelajar buka bumiputera dikumpulkan dan digabungkan dibawah satu bumbumng matrikulasi. Yang terbaru, kuota JPA sebanyak 45% dibuka lagi kepada bukan bumiputera. Persoalannya di sini adalah bukan mengenai keadilan tetapi HAK yang perlu dan telah diperjuangkan selama ini oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dengan mewujudkan ITM atau kini UiTM sebagi benteng terakhir mempertahankan maruah anak bangsa. Janganlah semua perkara hendak disama ratakan kerana jika hendak bercakap mengenai kesamarataan adakah ianya betul-betul mengikut kepada nisbah rakyat negara ini dan dilaksanakan sepenuhnya mengikut kaum majoriti di negara ini? Dengan memainkan isu ini sesungguhnya adalah jelas ianya berkepentingan politik semata-mata tanpa mempedulikan nasib anak bangsa kelak. Kita perlu ingat bahawa lahirnya pemimpin-pemimpin negara pada hari ini adalah kerana apa yang telah disediakan untuk mereka oleh pemimpin-pemimpin terdahulu . Janganlah kita memusnahkan ' jambatan ' yang telah dibina sebelum ini untuk cucu dan anak bangsa di masa hadapan kelak. "Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".
“Janganlah kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan”
Sincerely,
The Undersigned
(Wed, 13 August, 2008)
Signatures
Showing 10 latest signatures out of 127 signatures... [Sign this Petition] [View All Signatures]
| Name | Organization | Location | Comments | Date Signed |
|---|---|---|---|---|
| Ahmad Rizal | kuantan | usahlah digadaikan hak melayu... | 02-Feb-2010 | |
| Siti Hamidah Shaharudin | Setiawangsa, Wilayah Persekutuan | 10-Jan-2010 | ||
| Shahril Azhar Md Yusuff | Penang | Satu satunya hak Melayu pun nak digadai.... apa nak jadi dgn UMNO | 19-May-2009 | |
| Uzaini Hasyidan | X -UiTM & itm student | Salam, memang bagus jadi org melayu,,apa yg tinggal sekarang cuma Kuasa, apabila kuasa telah tiada, bermakna hilanglah melayu didunia..Malay Dilema...MALAS, MUDAH LUPA, SUBSIDI MENTALITI, TIDAK MENGHARGAI PEMBERIAN...fikirkan lah,,marilah kita bersama2 mengembleng tenaga dan akal fikiran sesungguhnya org kita telah jauh ketinggalan,bangkitlah bangsaku.. | 29-Jan-2009 | |
| Ex-UiTM | KL | Bantah pembukaan kouta 10% bukan sebab takut tapi dah banyak hak warisan dikongsi bersama anak cucu pendatang! Kenapa perlu menuntut berlebih-lebihan? | 31-Dec-2008 | |
| Alifah Ahmad | 16-Nov-2008 | |||
| Foundation law student | UITm Kuantan,Pahang | Preserved our right bcoz we have the right to do so!malays can lose everything they had in a blink of an eye.Wake up and smell the roses my people!Study hard.Proved that we deserved everything we had | 05-Sep-2008 | |
| Mas Ayu | UITm Kuantan,Pahang | 05-Sep-2008 | ||
| Anonymous | Kelana Jaya | Bantah...penjabulan hak keistimewaan anak melayu | 28-Aug-2008 | |
| ayie.salleh | UiTM Penang | UiTM utk melayu dan bumiputra sahaja... jgn persoalkn lagi... | 26-Aug-2008 |
[Sign this Petition] [View All Signatures]

